Selasa, 8 Jun 2010
16 Mei 2010
Debaran ibu & abah akhirnya terungkai, syukur Alhamdulillah anak soleh abah yang sulung selamat di lahirkan pd 16 Mei 2010, hari Ahad jam 3.55 petang di Hospital Ampang. Penuh syahdu & tangisan kegembiraan kami sekeluarga. Bermulalah 1 pelayaran kehidupan hamba Allah di muka bumi Allah ini dengan penuh keinsafan. Abah & Ibu doakan Ahmad Muhaimin menjadi Anak Soleh dunia & Akhirat. Amin Ya Rabballalamin....
Selasa, 27 April 2010
Roda Kehidupan....
Apabila Allah SWT sentiasa menguji Keimanan seseorang HAMBANYA,
Alangkah Manisnya Kelazatan Iman bila di kecapi,
Ya Allah syukur atas ujian yang kau berikan pada ku Ya Allah,
supaya ku sentiasa tidak lekang melaksanakan perintahMu ya Allah...
RESAH
Senjakala yang menggamit
Resah dalam perjalanan
Meniti waktu dengan pasrah
Mengharap secangkir kasihMu
Tika dedaun berguguran
Mengimbau kenangan semalam
Apakah dosa-dosa ini akan terampun
Dalam perjalanan kembali
Untukku…………… menuju Ilahi
Tuhan
Kurniakan kasihMu
Munajatku di penjuru malam
Menghapus dosa yang silam
Ingin ku cubit dan kulontarkan
Bersihkan diri menghadapMu
Resah
Menangis dikalbuku
Tika kenangan dahulu menyapa sanubariku
Pasti nasuha yang ku munajatkan
Menyulam hasrat kasih sejati
Itmi’nan
Lahirmu kedunia
Membawa seribu bahagia
Seperti mentari bercahaya
Menyinari alam semesta
Kaulah permata
Jiwamu bersih umpama
Salju di gunung Himalaya
Harapan jadi insan bertaqwa
Itmi’nan namamu indah
Kaulah permata
Seluas langit
Luas lagi kasihku
Engkaulah qurratul ainin ayah dan juga ibu
Sedalam laut
Dalam lagi sayangku
Hiduplah impian bersama restu
Oh setenangnya namamu
Khamis, 22 April 2010
NIKMAT ALLAH...SYUKUR
Rasanya da lama abah x menulis dlm blog anak abah ini, em.. 9hb April abah hantar ibu & anak abah balik smjung...wah seronok abah tengok ibu bila nak balik semenanjung. Maklum la ibu bakal melahirkan anak abah yang sulung...abah slalu doakan supaya anak abah jadi anak yg soleh...amin...
Jumaat, 2 April 2010
Selangkah ke Hadapan
Buat pertama kalinya, abah menulis di blog ini. Rasa x sabar rasanya menunggu kelahiran anak soleh abah yang sulung...Amin ya Rabbal Alamin...
Langgan:
Ulasan (Atom)